Wednesday, June 24, 2015

Resepi Mudah&Sedap (MAGGI GORENG)

Assalamualaikum semua.. Lame dah xupdate blog tetiba nak bagi resepi maggi goreng kan.. Maggi goreng?? seriously... Hahaha.. Tu pon nak bg resepi.. Semua orang pejam mate pon bole buat.. Disebabkan xde idea & tadi buat maggi goreng tu yg nak share resepi tu. Hehe.. My son suke makan jenis mee2 ni n nasi kureng.. Dia la yg request nak maggi goreng semalam tp semalam dia xsihat jadi sy xnak la bagi maggi goreng,harini dia dah ok sikit tu yg momy buatkan jugak maggi goreng..

Resepi yang sy nak share ni ialah resepi maggi goreng yg my huby suke sgt.. Selalu klo sy wat version camni memang dia suke & puji sedap.. Ehehe.. Yela,kang cakap xsedap udah muncung je bini kan.. Terpaksa la cakap sedap..  Ahaks (>.<)

Kalo untuk kanak2 xyah la bubuh cili padi,sayur pula cincang halus2 supaya senang anak makan & susah nak pilih.. Tu cara sy untuk bagi anak makan sayur. Sebab kalo sayur tu besar2,nanti dorang pilih2 & ketepikan sbb xnak makan. Sekali sekala xpela bagi anak makan maggi ni.. Bukan bagi makan maggi hari2 pon..

MAGGI GORENG.

1 peket Maggi Goreng segera (Jenama kegemaran,Indomi/Mi Sedap etc.. perisa original/ayam)
1 biji Telur
1 pokok Sawi pakchoy
Isi Ayam sedikit dadu kecil (boleh guna udang/fisball/fishcake)
3/4 biji Cili Padi
1-2 sdbesar Kicap Manis

Cara-cara:
1. Keluarkan serbuk perasa. Rebus/celur maggi ikut arahan pd peket. Tos & ketepikan.
2. Sediakan kuali,panaskan sedikit minyak,goreng telur jadikan telur hancur. Ketepikan.
3. Tambah sedikit minyak lagi,goreng isi ayam sehingga masak.
4. Masukkan maggi yg telah dicelur,telur hancur,kicap manis & serbuk perasa maggi tadi,kacau sebati.
5. Masukkan sayur & cili padi,kacau sebati sehingga sayur layu.. Siap.. Mudah&cepat!

*utk kanak2 hanya tambah kicap manis. Xperlu serbuk perasa & cili padi.




Resepi Mudah&Sedap : SLOPPY JOE

Salam semua,harini saya nak share resepi yg mudah lagi utk anda cuba!
SLOPPY JOE.. Makanan yg pasti menjadi kegemaran kanak-kanak & dewasa. Mudah sangat resepi ni dan yg paling penting SEDAP!


*yg ni tanpa coleslaw.




Bahan-bahan :

1 pek (250g) Daging cincang Ramly
2 bj Bawang Besar Holland ( Bawang kuning ) - dadu kecil
3 ulas Bawang Putih - cincang
1 bj Cili Kembung (Capsicum) - dadu kecil (boleh campur warna merah,kuning & hijau)
3 sb Tomato Puree
5 sb Sos Cili
3 sb Sos Tomato
1 sb Kicap Manis
1 sk serbuk Lada Hitam
1 sk Pizza Seasoning Powder / Mix Herbs ( optional )
1 sb Yellow Mustard ( optional )
Garam,Gula,Perasa
*klo suka pedas boleh tambah Chili flakes/chili powder/serbuk paprika

Bahan sampingan :
Roti Burger mini / Roti Hotdog / Mini bun (any types)
Coleslaw ( optional )

Cara-cara :

1. Panaskan sedikit minyak masak,tumis bawang besar,bawang putih sehingga wangi kemudian masukkan pula cili kembung.

 2. Masukkan daging cincang dan garam,tumis sehingga air yg keluar dr daging kering.

3. Masukkan tomato puree,sos cili,sos tomato,kicap,lada hitam,seasoning powder,gula,perasa. Sesuaikan ikut citarasa anda,jika perlu tambah lagi sos & perasa. Biar mendidih seketika dan siap utk dihidang.

Cara hidangan :
- Belah roti ( nak lg sedap,kukus dulu roti / sapu planta & panaskan atas kuali )
- Letakkan sesenduk kecil sloppy joe ke atas roti,tambah coleslaw / salad jika suka & makan!