Tuesday, September 30, 2014

Resepi Mudah&Sedap (GOLDEN CHICKEN)

Resepi ni sangat mudah & cepat disediakan memang sesuai utk wife bekerja. Resepi ni inspiration drpd satu menu di restoran kegemaran sy & huby di Great Eastern Mall KL.. Everytime pegi restoran tu mesti nak order golden chicken ni,memang sedap sangat. So 1 hari tu bile time buntu xde idea nak masak jadinye tercipta la resepi ni. Walaupon bukan la 100% sebijik macam kat restoran tu tapi pada sy almost 70% rasa masakan ni sama.



RESEPI GOLDEN CHICKEN:

1/2 ekor Ayam (potong kecil2 & gaul garam kunyit)
1 biji Bawang Besar (cincang)
1 ulas Bawang Putih (cincang halus)
5 biji Cili Padi merah/Cili Merah besar (hiris)
2 tangkai Daun Kari
2 sdbesar Serbuk Kari Daging
1 sdkecil Sos Tiram
Garam & Gula secukup rasa
Daun Ketumbar (hiris)

CARA-CARA:
1. Goreng ayam sehingga masak,ketepikan.

2. Kurangkan miyak sehingga 2 sdbesar,tumis bawang putih & bawang merah sehingga keperangan dan masukkan serbuk kari,masak sehingga garing.

3. Masukkan 1/2 cawan air,sos tiram,garam & gula,kacau sebati.

4. Masukkan ayam goreng,hirisan cili padi,daun kari,kacau hingga sebati. Tutup api,taburkan hirisan daun ketumbar. Siap!

2 comments:

  1. Hi Madam Pretty Sweet, kechor air liur tengok blog u.
    I click your blog dari Blog Cahaya Cintaku.
    Salam Ukhuwwah!
    Jomla visit blog saya pulak ya.. www.ruzanaibs.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heloo Ruzana tq sbb sudi singgah blog sy yg xseberapa ni..

      Delete