Sup Filament Crab dengan Telur
10 batang Filament Crab (boleh digantikan dgn fishball/fishcake)
1/2 batang Carrot (dadu kecil)
1/2 biji Kentang (dadu kecil)
2 biji Telur
1 ulas Bawang Putih (cincang halus)
Suun (direndam)
2 cawan Air
Garam secukup rasa
Secubit Kiub Ayam (optional)
Daun Sup+Daun Bawang (hiris halus)
Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak,tumis bawang putih hingga wangi,masukkan air.
2. Masukkan kentang,carrot,garam & kiub ayam.Biarkan sehingga empuk.
3. Pecahkan 2 biji telur ke dalam sup,dan biarkan sehingga telur masak.
4. Masukkan filament crab & suun,biarkan mendidih selama 5minit. Tutup api & tabur daun sup+daun bawang yg dihiris. Siap!
Anak2 kecil mesti suka makan ni.. kan.
ReplyDeleteMalam tadi saya masak sup bebola ayam + carrot + kentang + cendawan shitake segar. Saya yang banyak makan sup ni.. hehe.