Tuesday, September 30, 2014

Resepi Mudah&Sedap (GOLDEN CHICKEN)

Resepi ni sangat mudah & cepat disediakan memang sesuai utk wife bekerja. Resepi ni inspiration drpd satu menu di restoran kegemaran sy & huby di Great Eastern Mall KL.. Everytime pegi restoran tu mesti nak order golden chicken ni,memang sedap sangat. So 1 hari tu bile time buntu xde idea nak masak jadinye tercipta la resepi ni. Walaupon bukan la 100% sebijik macam kat restoran tu tapi pada sy almost 70% rasa masakan ni sama.



RESEPI GOLDEN CHICKEN:

1/2 ekor Ayam (potong kecil2 & gaul garam kunyit)
1 biji Bawang Besar (cincang)
1 ulas Bawang Putih (cincang halus)
5 biji Cili Padi merah/Cili Merah besar (hiris)
2 tangkai Daun Kari
2 sdbesar Serbuk Kari Daging
1 sdkecil Sos Tiram
Garam & Gula secukup rasa
Daun Ketumbar (hiris)

CARA-CARA:
1. Goreng ayam sehingga masak,ketepikan.

2. Kurangkan miyak sehingga 2 sdbesar,tumis bawang putih & bawang merah sehingga keperangan dan masukkan serbuk kari,masak sehingga garing.

3. Masukkan 1/2 cawan air,sos tiram,garam & gula,kacau sebati.

4. Masukkan ayam goreng,hirisan cili padi,daun kari,kacau hingga sebati. Tutup api,taburkan hirisan daun ketumbar. Siap!

Resepi Mudah&Sedap (KEK VICTORIA SANDWICH)

Hellooo... Harini sy nak share cara buat Kek Sandwich Victoria yg mudah.. Hehe.. Sekarang malas nak tulis entry panjang2 so just nak share recipes yg mudah & cepat je.. Resepi ni guna kek instant perisa butter je jadi,confirm sedap & mudah disediakan.. Untuk dapatkan kek segera yg sedap guna brand Pillsbury, kek confirm gebu & sedap. So xyah la beriya nak ayak tepung bagaikan.. Mudah sgt!

Victoria Sandwich Cake:
1 box Pillsbury Butter/Yellow Cake Mix (atau jenama pilihan anda)
1/4 cawan Strawberry segar (potong 2)
1/4 cawan Jem strawberry
1/2 biji Lemon ( perah jus nya)
1/2 cup non-dairy whip cream/buttercream
Icing sugar ( utk hiasan)
Strawberry segar (utk hiasan)

Cara-cara:
1. Bancuh & bakar kek mengikut arahan pd kotak. Sejukkan kek.

2. Satukan strawberry segar yg dipotong & jem dlm periuk kecil,masukkan perahan jus lemon,didihkan dgn api perlahan sehingga menjadi pekat. Biarkan sehingga sejuk.

3. Sediakan cream pula,putarkan cream sehingga kembang.

4. Setelah kek sejuk,potong kpd 2 bahagian. Sapukan cream & jem yg dimasak tadi pd kek & lapiskan dgn 1 lg bahagian kek.. Taburkan dgn icing sugar & hiasan ikut kreativiti anda. Siap,mudah & cepat!









Friday, September 26, 2014

Resepi Mudah&Sedap untuk Anak (SUP BEBOLA & TELUR)

Salam semua.. Anak sulung saya suka sangat makan filament crab ni lebih2 lagi klo dalam steamboat/yong tau fu.. Disebabkan anak2 saya jenis kurang selera makan jadi sy terpaksa improvise menggunakan bahan2 kegemaran mereka.. Momies bole la cuba resepi ni untuk pelbagaikan hidangan anak2. Mudah & cepat disediakan.



Sup Filament Crab dengan Telur

10 batang Filament Crab (boleh digantikan dgn fishball/fishcake)
1/2 batang Carrot (dadu kecil)
1/2 biji Kentang (dadu kecil)
2 biji Telur
1 ulas Bawang Putih (cincang halus)
Suun (direndam)
2 cawan Air
Garam secukup rasa
Secubit Kiub Ayam (optional)
Daun Sup+Daun Bawang (hiris halus)

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak,tumis bawang putih hingga wangi,masukkan air.

2. Masukkan kentang,carrot,garam & kiub ayam.Biarkan sehingga empuk.

3. Pecahkan 2 biji telur ke dalam sup,dan biarkan sehingga telur masak.

4. Masukkan filament crab & suun,biarkan mendidih selama 5minit. Tutup api & tabur daun sup+daun bawang yg dihiris. Siap!

Saturday, September 20, 2014

Resepi Mudah&Sedap untuk Anak (TOFU SOYSAUCE)

Hai.... Harini nak share lagi resepi yg mudah&cepat dan pasti sedap utk anak anda..




TOFU with SOYSAUCE.

3 batang Tauhu Jepun/Tauhu Telur (dibelah 2)
Isi Ayam seketul kecil (dicincang) -bole juga guna isi udang jika anak xde alahan
1 ulas Bawang Putih (cincang halus)
1/2 batang Carrot (dadu kecil)
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Kicap Manis
Garam & Gula secukup rasa
1 sudu kecil Tepung Jagung (dilarutkan dengan 1sudu besar air)
Daun bawang (dihiris)
Bawang goreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak,goreng tofu sehingga keperangan,angkat ketepikan.

2. Tinggalkan minyak sedikit shja dalam kuali,tumis bawang putih cincang hingga wangi,kemudian masukkan isi ayam dan carrot kacau tumis sekejap sehingga empuk.

3. Masukkan 1/2cawan air,sos tiram dan kicap. Perasakan dengan garam dan gula.

4. Masukkan bancuhan tepung jagung,biarkan kuah pekat dan masukkan tofu yg digoreng tadi.

5. Akhir sekali taburkan daun bawang & bawang goreng. Siap!

*boleh digantikan dengan tauhu lembut(dlm bekas petak tu),dan xperlu digoreng cuma masukkan setelah kuah pekat,didihkan 5minit dan sedia dihidang.





Friday, September 19, 2014

Resepi Mudah&Sedap Untuk Anak (GRILLED CHEESE SANDWICH)

Snek Mudah Untuk Anak Anda.

Salam semua... Dah lama xupdate blog.. Hehe.. Malas kot.. Sy type entry guna ipad tp klo nak masukkan gambar kena guna computer (sigh) tu yang leceh..

Ok so saya nk share problem dalam entry ni.. Sharing is caring xgiteww... Tentang anak xde selera makan/jenis xsuka makan nasi.. Anak sy dua2 ada masalah yang sama.. Masa baby 8bulan hingga setahun lebih slera je makan n badan pon chubby.. I mean normal chubby for baby la bukan la obes pon.. Start 2 tahun terus xnak makan nasi,xde selera,nak minum susu je,masak la macam2 pon n beli macam2 lauk pon xkan nak makan.. Setakat makan biskut,aiskrim,roti.. Segala jenis nasi memang xnak,anti sungguh dengan nasi sampai selalu kena paksa or marah2 nak bg nasi n anak saya sampai nangis kena paksa makan nasi.. Macam kena dera lak gayanye,padahal suruh makan je kot!

So anak saya kurus halus je.. Yang sulung 4tahun tapi baju size 2tahun pon still bole pakai cuma senteng jela kan. Yang last 2tahun n baby umur 6bulan punya lengan lg besar dari dia.. Uols faham x, Anak2 saya ni dorang meninggi taw tp badan x membesar sebab seluar n kasut cepat je dah xmuat.. Its genetic,momy n dady jenis tinggi sebab tu sy xkisah dorang kurus. My inlaws pon jenis kurus n kecil.... So to me its not a big deal dorang kurus asalkan bijak,sihat cukup la. Tapiiiiiii....... Yang paling annoying bile my inlaws n sedara mara tegur " alahai.. Halusnye Darwish & Keysha ni.. Momy xbagi makan ke...."
Seriously!!!!!! Ade ke makbapak yg xbagi anak makan!!!!!! OMG!!!!! Sakit hati giler kot!!!
Tu yg lagi tambah stress mak taw.. Berkedut i,nyampah! Hahaha tibe2 kan.... So tula problem sy (-.-)

Disebabkan anak2 saya suke meratah cheese so sy pon buatkan la grilled cheese sandwich untuk dorang.. Kenyang sikit makan dengan roti.. First time sy buat,Darwish belum rasa lg dah xnak makan sebab dia kata xsedap nak cheese je roti xnak. Hek eleh.. So momy pon dapat la idea tambah gula kat roti tu so jadi la cam roti sapu planta+gula tu kan.. Hehehe.. Dah rasa terus suka budak berdua ni.. Jadi la klo dah xnak nasi atleast makan roti pon kenyang jugak.. Mommies bole la try resepi ni.. Selain roti,saya juga selalu masak pasta,mee,kueyteow utk gantikan nasi.. Nanti sy share resepi yg lain k!

Sweet Grilled Cheese Sandwich

4 keping roti
2 keping cheese (sukati la brand cheesedale ke kraft ke)
Butter/planta secukupnya utk sapu pd roti
Gula secukupnya

Cara-cara:
1. Sapu sebelah je bahagian roti guna butter/planta

2. Panaskan kuali leper (api medium),letak roti bahagian yg disapu butter tu bawah supaya garing.

3. Terus letakkan cheese pada roti dan taburkan gula atas cheese,letak 1 lg roti dengan bahagian yg disapu butter mengadap ke atas

4. Agak2 roti belah bawah dah keperangan & garing,terbalik kan pula untuk garingkan bahagian sebelah lagi.. Siap! Lepastu potong 4 supaya senang anak2 makan. Hidangkan suam2 memang sedap!



Monday, August 25, 2014

Eggless Moist Chocolate Cake.Kek Coklat Lembab Tanpa Telur

Helloooooooo..... How r uuu??? Harini saya nak share resepi kek Moist Chocolate TANPA TELUR... Erk.. Asek buat kek coklat je saya ni.. (im chocoholic!) hehehe..

Telur di rumah dah habis?? Tapi teringin nak buat kek?? Malas nak keluar pegi kedai?? Dah pesan kat hubby pon tapi dia balik xbeli telur jugak?!!! Kini anda tak perlu risau! Saya ade jawapan untuk anda!! (Wahh.. Ala-ala smartshop gituu..kuikuikui)

Jimat sikit tak perlu guna telur tapi still bole dapatkan kek yang gebu gebas n moist!!! Resepi ni sebenarnye saya jumpa kat blog Azlita masam manis.. Sy memang suke belek2 resepi lepastu terliur tengok semua benda.. Huhuhu.. Original recipe actually kek ni dibakar tapi sebab tibe2 cam malas nak guna oven (xtaw nape) so saya kukus jela.. Uols yang xde oven boleh kukus je kek ni.. Lagi moist kalau dikukus..

Resepi sangat simple n im sure bahan2 mesti ade kat dapur uols.. Kalau xde kena la beli.. Hehe.. Saya pon xde la ikot 100% resepi tu sebab ade bahan yang xlengkap.. Oter2 sikit janji jadi kek.. Jangan oter sampai jadi biskut plak.. Agak2 ler..  Saya puas hati sesangat dengan hasilnye sebab kek sangat moist,lembut,sedap!! Tambah pula saya curah chocolate ganache sepenuh hati,maka lagilah sedap beliau! Kalo ade vanilla ice cream lagii laahhhh...!!!!!!! Hadoii... Tolong lah! Dah habis sepiring tadi (padahal piring agak besar) So jom la kite buat,best taw resepi ni.. Uols buat taw jangan xbuat!! (Paksa sebab taknak gemok sorang2)

Kalau nak buat untuk open house ke potluck ke pon boleh sebab mudah sangat,xperlu mixer bagai.. Bubuh la topping ape2 pon memang sedap.. Makan camtu je pon dah sedap! Xrugi try..  Resepi ni guna 1 cawan tepung sahaja so anggaran dalam 4-5 serving la.. Cukup la untuk 1 small family.. Resepi ni saya copy paste dari blog Azlita masam manis (Thx resepi terbaik.. Minta share yew)

Time snap gambar Darwish dah xsabar2 nak makan.. surh momy snap cepat2.. bebel je sambil tunggu momy habis bergambo.

One happy stomach! (^.^,) lepastu hati runsing takot bambam huhuhu..

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
by: Dayang

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko - (sy tambah 1pek serbuk milo 3in1)
2 sudu besar susu tepung
1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang -(sy guna 1/2cup gula castor sebab xde gula perang)
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - (sy xletak sebab xde)
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung - (sy guna minyak masak je)
1 sudu kecil cuka atau jus lemon 

CARA-CARA
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek (5' atau 6'). Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.

Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula. Kemudian dikacau rata-rata.

Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.

Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.

Boleh juga dikukus selama 20-30 minit atau sehingga masak. Pastikan penutup kukus dibalut dengan kain bersih supaya wap tidak menitis pada kek.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Tuesday, August 12, 2014

CAKE POP/KEK POP

Salam uolss...... Kek pop! kek pop! kek pop! Over excited plak.. hehehe.. Ni la cakepops yang sy buat dan diorder oleh kawan huby..  Tq Mail & Nisha sebab sudi nak order dengan sy walaupon xseberapa... huhuhu.. So kalau uols berminat bole order dengan sy ye.. email for more details..(^.^,)