Thursday, January 1, 2015

Happy New Year 2015

Asalammualaikum semua.. Hadoiii.. Lame xupdate blog ni.. Terasa cam setahun xupdate blog.. Hehehe.. Rindu sangat... =)
Tup tap tup tap je dah masuk tahun baru.. Kenangan2 tahun 2014 rase mcm mimpi je sbb cepat sgt masa berlalu..
Sekarang mula la terpikir n berangan + berazam macam2 dlm pale otak ni.. Hehe.. Berangan lebih!

D most important thing tahun 2015 ni ialah Darwish anak sulung mommy ni nak g tadika!!
Waahh.. Momy ko yang lebih neves + excited + nak terkucil + nak tercirit T_T
Hadooiii.. Maklum la xde pengalaman lg bab persekolahan anak ni.. Xsabar tunggu 1st day of school nak tengok baby boy momy pakai school uniform \(^.^)/

N hopefully dapat hantar Keysha to ballet class so dia xde la boring time abang g school.. Hehe..

Momy ko yg xde keje ni dah memulakan misi survey2 n planning birthday party anak2.. Padahal bday bulan 3 kot cik kiah.. Lame lg.. LOL.. =) seriously momy need a job to keep her busy n dont have time to waste daddy's money.. Kuikuikui..
Ala bukan nak wat party of d year pon.. Ala kadar for family & closed friend je.. Planning awal2 senang nak kira budget xgitew.. Hehe..

Okay so far tu jela mission utk awal tahun baru ni.. Yang penting semoga kami diberi kesihatan yang baik, murah rezeki, semakin happy & bahagia, inshaallah aminn...

Happy new year kawan2 & thank you so much to uols yg sudi baca & support me selama i berblog ni.. Love u guys n always enjoy reading ur blogs too :)

Goodbye 2014..







Tuesday, November 18, 2014

Resepi Mudah&Sedap (BEEF BACON CROSTINI)


Hello semua... Harini nak share resepi yg sangat2 mudah & sesuai dijadikan breakfast @ snek minum petang.. Beef Bacon with Mozarella Crostini. Crostini sebenarnya roti perancis yg dipotong2 & dibakar kemudian bole letak apa2 topping ikut citarasa anda contoh isi ayam, smoked salmon, onion, capsicum, mushroom, tomato, avocado, sosej, tuna, macam2 lg.
Kebetulan last week sy pg rumah mak sy n dia ade banyak beef bacon ni,jd sy pon songlap bawa blk sikit.. Hehe.. My mom mmg suka beli benda2 camni.

Beef bacon ni sbnrnye 'smoked brisket slices' so ianya halal sbb guna daging lembu,my mom beli kat pasar tani dibuat & dijual oleh org melayu Muslim! Haa.. Okeh??? No worries.. Beef bacon ni dah disalai jd sy panaskan je guna magic pan sampai garing @ guna je non-stick pan tp terpulang klo uols suka lembut,panaskan sekejap je..

Sy xletak apa2 sayuran pd crostini sy ni sebab sy makan dgn coleslaw. Coleslaw ni pon leftover dinner smalam. So nti uols tambah la pe yg patot k. Sila guna mozarella cheese ye sbb beef bacon ni a bit salty tp klo dah xde apa2 jenis cheese pon bole je. Up to u!

Bahan-bahan:
4 potong Roti Perancis/French Baguette
2 keping Beef Bacon
Mozarella Cheese secukupnya
Butter utk sapu pd roti

Cara-cara:
1. Panaskan non-stick pan, letak roti, bakar bahagian yg disapu butter, angkat ketepikan.

2. Kemudian panaskan beef bacon pula,balik2kan dlm 5-7minit.Angkat,ketepikan. Potong 2 setiap keping jd dpt 4 keping.

3. Letak semula roti pd non-stick pan,bahagian butter mengadap ke atas, api kecil je, letak 1 keping bacon pd setiap roti & bubuh mozarella cheese ats bacon. Biar seketika sehingga cheese cair. Siap!! Yeay!!
Camni la rupa 'beef bacon' sebelum dimasak.
*kerat 2 bacon tu so uols dpt 4pcs,cukup utk setiap keping roti.Camtu la rupa beef bacon yg dah dimasak.
*Letak mozarella cheese atas bacon dan biar je sampai cheese cair.
DAH SIAP! \(^.^)/



*cam biase la pics i sume nye very d amature T_T

Thursday, October 9, 2014

Resepi Mudah&Sedap (AYAM PENYET)

Salam semua.. Harini nak share resepi Ayam Penyet. Mesti ramai yg dah taw resepi ni & maybe ade jugak yg fikir resepi ni leceh tp macam biase la sy punye version mudah & cepat je! Resepi sy xperlu perap2 bagai & bahan2nya mudah didapati.
Dulu sy dah pernah try buat ayam penyet ni tapi xsame langsung macam yg kita biase makan kat restoran tu.. Frust sgt.. This time sy dah buat homework dgn gigihnyer.. Hehe.. Memula sy mesti google dulu resepi,bandingkan semua resepi2 yg ade lepas tu 'do it my own style'. 

Alhamdulillah,menjadi... Yeehaaa... Yg penting Huby puji cedap bini dia masak... Ololo... Sukee..
\(^.^)/
Sekarang rasenye dah bole buka restoran sendiri ni! Cewaahh.. Perasan nau!

Resepi ni memang nampak cam panjang lebar gayanye tp dont worry...... Yg panjang lebar tu explanation nye shj supaya anda xconfius.. Lagipon resepi ni terbahagi kpd 3 bahagian,rebus ayam,goreng ayam & sambal ulek. Baca dulu step by step baru faham & rasa mudah. Ok jom tengok resepi!
ps;Sorry la xde gambar tauhu&tempe goreng..huhu..

RESEPI AYAM PENYET:
                                              1.   AYAM
Bahan-bahan:
- seekor Ayam bersize kecil dipotong 4 (saya guna 4 bahagian thigh&drumstik yg berbentuk L)
- 6 bj Bawang Merah kecil*
- 5 ulas Bawang Putih*
- 2 ketul Kunyit Hidup sebesar ibujari*
- 2 inci Halia*
- 2 inci Lengkuas*
- Santan 1 kotak kecil
- Air secukupnya
- 1 sdbesar Serbuk Jintan Manis
- 1 sdbesar Serbuk Ketumbar
- 4 helai Daun Limau Purut
- 2 batang Serai (ketuk)
- Garam,Gula,Perasa

Cara-cara:
 1. Bahan bertanda ditumbuk/blend kering
 2. Campurkan kesemua bahan diatas dalam periuk yg bersesuaian,sukatan air sehingga menutupi paras ayam dan rebus sehingga ayam betul2 empuk & masak.
 3. Angkat,tos & ketepikan. Sediakan bahan utk step seterusnya.

                                                2. TEPUNG BEREMPAH
Bahan-bahan:
- Ayam yg telah direbus
- 4 ketul Tauhu pejal (belah 2 setiap 1)
- 1 peket Tempe ( potong ikut citarasa)
- 5 sdbesar Tepung Beras
- Air rebusan ayam 1/2 cawan
- Garam,Gula

Cara-cara:
1. Dgn gunakan penapis santan,Tapis air rebusan tadi,buang serai & daun limau purut. Ambil hampas/serdak yg tinggal pada penapis.
2. Campurkan hampas/serdak pd tepung beras & masukkan air rebusan.(Jika masih pekat tambah lg air rebusan sehingga bancuhan tepung cair sedikit supaya salutan nipis)
3. Tambah garam & gula (rasa bancuhan supaya cukup rasa kerana jika bancuhan tawar ayam goreng akan jadi kurang sedap)
4. Tepung dah sedia,boleh lah celup ayam yg telah direbus,tauhu & tempe,goreng dengan api sederhana sehingga bahan2 garing.
5. Lebihan baki bancuhan tepung,boleh dibuat kremes. Caranya,Tuang baki tepung ke dlm minyak panas & kacau laju2 supaya jadi macam keropok pisang goreng tu.. Bila dah garing toskan,bole la ditabur pd ayam goreng td.

                                                3. SAMBAL ULEK
Bahan-bahan:
- segenggam Cili Padi Merah siam
- 3 bj Cili Merah besar
- 3 bj Bawang Merah kecil
- 1 biji Tomato size besar
- 2 inci Belacan
- 1 sdteh Paste Asam Jawa
- Garam & Gula (lebihkan gula klo suka sambal pedas manis)

Cara-cara:
1. Potong kasar kesemua bahan2. Goreng dlm kuali dgn sedikit minyak sehingga semua bahan layu.
2. Blend kesemua bahan (sy guna blender kering)
3. Perasakan dgn paste asam jawa,garam & gula
4. Bole masak sebentar atas dapur utk elak sakit perut & supaya sambal tahan lama.

Hidangkan panas2 ayam penyet goreng,tauhu,tempe & sambal dgn nasi putih. Sediakan juga ulam sperti timun,kobis dan kangkung yg dicelur.. Yum!! Enjoy...


Tuesday, September 30, 2014

Resepi Mudah&Sedap (GOLDEN CHICKEN)

Resepi ni sangat mudah & cepat disediakan memang sesuai utk wife bekerja. Resepi ni inspiration drpd satu menu di restoran kegemaran sy & huby di Great Eastern Mall KL.. Everytime pegi restoran tu mesti nak order golden chicken ni,memang sedap sangat. So 1 hari tu bile time buntu xde idea nak masak jadinye tercipta la resepi ni. Walaupon bukan la 100% sebijik macam kat restoran tu tapi pada sy almost 70% rasa masakan ni sama.



RESEPI GOLDEN CHICKEN:

1/2 ekor Ayam (potong kecil2 & gaul garam kunyit)
1 biji Bawang Besar (cincang)
1 ulas Bawang Putih (cincang halus)
5 biji Cili Padi merah/Cili Merah besar (hiris)
2 tangkai Daun Kari
2 sdbesar Serbuk Kari Daging
1 sdkecil Sos Tiram
Garam & Gula secukup rasa
Daun Ketumbar (hiris)

CARA-CARA:
1. Goreng ayam sehingga masak,ketepikan.

2. Kurangkan miyak sehingga 2 sdbesar,tumis bawang putih & bawang merah sehingga keperangan dan masukkan serbuk kari,masak sehingga garing.

3. Masukkan 1/2 cawan air,sos tiram,garam & gula,kacau sebati.

4. Masukkan ayam goreng,hirisan cili padi,daun kari,kacau hingga sebati. Tutup api,taburkan hirisan daun ketumbar. Siap!

Resepi Mudah&Sedap (KEK VICTORIA SANDWICH)

Hellooo... Harini sy nak share cara buat Kek Sandwich Victoria yg mudah.. Hehe.. Sekarang malas nak tulis entry panjang2 so just nak share recipes yg mudah & cepat je.. Resepi ni guna kek instant perisa butter je jadi,confirm sedap & mudah disediakan.. Untuk dapatkan kek segera yg sedap guna brand Pillsbury, kek confirm gebu & sedap. So xyah la beriya nak ayak tepung bagaikan.. Mudah sgt!

Victoria Sandwich Cake:
1 box Pillsbury Butter/Yellow Cake Mix (atau jenama pilihan anda)
1/4 cawan Strawberry segar (potong 2)
1/4 cawan Jem strawberry
1/2 biji Lemon ( perah jus nya)
1/2 cup non-dairy whip cream/buttercream
Icing sugar ( utk hiasan)
Strawberry segar (utk hiasan)

Cara-cara:
1. Bancuh & bakar kek mengikut arahan pd kotak. Sejukkan kek.

2. Satukan strawberry segar yg dipotong & jem dlm periuk kecil,masukkan perahan jus lemon,didihkan dgn api perlahan sehingga menjadi pekat. Biarkan sehingga sejuk.

3. Sediakan cream pula,putarkan cream sehingga kembang.

4. Setelah kek sejuk,potong kpd 2 bahagian. Sapukan cream & jem yg dimasak tadi pd kek & lapiskan dgn 1 lg bahagian kek.. Taburkan dgn icing sugar & hiasan ikut kreativiti anda. Siap,mudah & cepat!









Friday, September 26, 2014

Resepi Mudah&Sedap untuk Anak (SUP BEBOLA & TELUR)

Salam semua.. Anak sulung saya suka sangat makan filament crab ni lebih2 lagi klo dalam steamboat/yong tau fu.. Disebabkan anak2 saya jenis kurang selera makan jadi sy terpaksa improvise menggunakan bahan2 kegemaran mereka.. Momies bole la cuba resepi ni untuk pelbagaikan hidangan anak2. Mudah & cepat disediakan.



Sup Filament Crab dengan Telur

10 batang Filament Crab (boleh digantikan dgn fishball/fishcake)
1/2 batang Carrot (dadu kecil)
1/2 biji Kentang (dadu kecil)
2 biji Telur
1 ulas Bawang Putih (cincang halus)
Suun (direndam)
2 cawan Air
Garam secukup rasa
Secubit Kiub Ayam (optional)
Daun Sup+Daun Bawang (hiris halus)

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak,tumis bawang putih hingga wangi,masukkan air.

2. Masukkan kentang,carrot,garam & kiub ayam.Biarkan sehingga empuk.

3. Pecahkan 2 biji telur ke dalam sup,dan biarkan sehingga telur masak.

4. Masukkan filament crab & suun,biarkan mendidih selama 5minit. Tutup api & tabur daun sup+daun bawang yg dihiris. Siap!

Saturday, September 20, 2014

Resepi Mudah&Sedap untuk Anak (TOFU SOYSAUCE)

Hai.... Harini nak share lagi resepi yg mudah&cepat dan pasti sedap utk anak anda..




TOFU with SOYSAUCE.

3 batang Tauhu Jepun/Tauhu Telur (dibelah 2)
Isi Ayam seketul kecil (dicincang) -bole juga guna isi udang jika anak xde alahan
1 ulas Bawang Putih (cincang halus)
1/2 batang Carrot (dadu kecil)
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Kicap Manis
Garam & Gula secukup rasa
1 sudu kecil Tepung Jagung (dilarutkan dengan 1sudu besar air)
Daun bawang (dihiris)
Bawang goreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak,goreng tofu sehingga keperangan,angkat ketepikan.

2. Tinggalkan minyak sedikit shja dalam kuali,tumis bawang putih cincang hingga wangi,kemudian masukkan isi ayam dan carrot kacau tumis sekejap sehingga empuk.

3. Masukkan 1/2cawan air,sos tiram dan kicap. Perasakan dengan garam dan gula.

4. Masukkan bancuhan tepung jagung,biarkan kuah pekat dan masukkan tofu yg digoreng tadi.

5. Akhir sekali taburkan daun bawang & bawang goreng. Siap!

*boleh digantikan dengan tauhu lembut(dlm bekas petak tu),dan xperlu digoreng cuma masukkan setelah kuah pekat,didihkan 5minit dan sedia dihidang.